21 January 2016

Tahniah: Teoh Chun Yi Johan L15 Merentas Desa


Pada 21 Januari 2016, PPD Manjung telah menganjurkan Merentas Desa Peringkat PPD Manjung di SMK Dato' Idris. SMK Pantai Remis telah menghantar 10 orang peserta mewakili sekolah untuk acara tersebut. Tahniah diucapkan kepada adik Teoh Chun Yi dari kelas 3 Elit kerana berjaya mendapat tempat pertama kategori L15 dalam Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Menengah Daerah Manjung bagi tahun 2016. Selain itu, bagi kategori P15, peserta SMKPR juga telah mendapat tempat 13 iaitu adik Thye Hui Ying. Terima kasih kepada cikgu Hazman ali, cikgu Badrul Hisham dan cikgu Hamimi yang telah berpenat lelah datang waktu petang untuk melatih peserta-peserta SMK pantai Remis.

TAHNIAH untuk semua peserta merentas desa SMKPR dan cikgu-cikgu yang melatih.

SMKPR BOLEH!!!!!!!
 
Hakcipta ©2016 SPBT SMK PANTAI REMIS. Semua hakcipta terpelihara