SKOP TUGAS JAWATANKUASA SPBT
Aktiviti utama
Pengawas SPBT adalah untuk membantu penyelaras SPBT dalam meningkatkan
pengurusan dan pelaksanaan SPBT di sekolah. Namun begitu, bagi aktiviti utama
seperti pengagihan dan pemulangan buku teks SPBT, semua jawatankuasa adalah
diperlukan.
Jawatankuasa Data dan Rekod
- Mengemas kini data dan rekod buku teks SPBT
- Mengemas kini data pinjaman dan pemulangan buku teks
- Menyimpan maklumat ahli kelab
Jawatankuasa
Keceriaan
- Merancang aktiviti keceriaan bilik BOSS
- Memeastikan keceriaan, kebersihan dan kekemasan BOSS
- Menyelenggara Taman/Anjung SPBT
Jawatankuasa
Seliaan
- Menyelia keselamatan dan keadaan fizikal buku teks SPBT di tangan murid
- Membaik pulih buku teks SPBT yang rosak
- Menangani aduan kehilangan/kerosakan buku teks SPBT
Jawatankuasa
Pengurusan
- Mengecap dan memasukkan nombor perolehan buku teks SPBT
- Mengasingkan buku teks SPBT yang rosak
- Mengira stok buku teks SPBT
- Melaksanakan proses berkaitan pelupusan buku teks SPBT